Daging Kambing | 500g |
Minyak Masak | 2 sudu besar |
Bawang Putih | 3 ulas |
Serbuk Lada Hitam | 1 sudu kecil |
Sos Tiram | 3 sudu besar |
Kicap Manis | 2 sudu besar |
Sos Black Pepper | 2 sudu besar |
Cili Merah (Dihiris Kasar) | 2 biji |
Bawang Besar (Dihiris Kasar) | Sebiji |
Tepung Gandum / Tepung Jagung | 1 sudu kecil |
Minyak dipanaskan dan gorengkan daging sehingga hampir masak. Angkat dan toskan seketika.
Kurangkan sedikit minyak tadi kemudian tumiskan bawang putih dan masukkan lada hitam.
Selepas itu masukkan bahan-bahan untuk sos seperti sos tiram, kicap manis dan sos lada hitam dan kacau sebentar.
Masukkan daging yang telah digorengkan tadi kedalam kuah tersebut dan gaul rata. Kemudian masukkan bawang dan jugak cili.
Bagi memekatkan kuat tersebut, bancuhkan tepung gandum bersama air dan tuangkan ke dalam kuah sedikit demi sedikit mengikut kepekatan yang digemari.
Apabila kuah telah pekat, tutup api dan bolehlah dihidangkan.