Back to Recipe Print

Recipe for "Gougeres Sardin Sweet Potato"


Tips

1. Boleh tambah sikit serbuk kari jika suka
2. Parmesan cheese boleh dikurangkan/lebihkan
3. Gunakan periuk vision lebih mudah kerana tidak perlu naikkan atas api semula kerana periuk ini menangkap haba yang agak lama

Ingredients

Bahan Puff
Tepung Gandum 1 cawan
Air 1 cawan
Marjerin 1/4 cawan
Garam Secubit
Telur 2 biji
Dried Parsley 1/2 sdt
Parmesan Cheese Parut 1/2 cawan
Bahan Inti
Sardin Tin 2 ketul besar
Keledek Merah/oren 1 biji kecil
Cili Kering Kisar 1 sdb
Bawang Besar 1/2 biji
Air Secukupnya
Garam,gula Secukup Rasa Secukup rasa
Minyak Untuk menumis

Instructions

1

Panaskan oven 200'C dan griskan loyang

Cara membuat puff

1

Didihkan air bersama marjerin,garam didalam periuk

2

Masukkan tepung dan tutup api. Kacau hingga rata.
Naikkan semua keatas api. kacau hingga menjadi bebola besar yang tidak melekat di tepi periuk

3

Pindahkan doh kedalam bekas mixer , mixer sehingga doh menjadi suam kuku

4

Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul hingga adunan kembang dan menjadi likat/pekat

5

Bolehlah masukkan parmesan cheese parut dan dried parsley. Pukul lagi hingga semua sebati.

6

Ketepikan adunan seketika sebelum dipipekan kebentuk yang disukai

7

Masukkan adunan kedalam piping beg bernozzle atau hanya sudukan menggunakan sudu

8

Bakar 200'C kira2 15 minit,hingga puff naik kembang

9

Turunkan suhu 160' bakar hingga doh masak sepenuh kira2 10-15 minit bergantung kepada saiz puff

10

Sejukkan sebelum diisi inti

Cara membuat inti

1

Daukan keledek dan rendam supaya tidak lebam. Dadukan bawnag merah. Isi sardin dilecek kasar

2

Tumis bawang dan cili kisar hingga naik bau. Masukkan keledek. Tambah sikit air

3

Reneh hingga keledek 1/2 masak,masukkan pula sardin tadi. Biarkan hingga kentang masak sepenuhnya dan kering

4

Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tutup api. Bolehlah taburkan dengan sikit daun sup cincang jika suka. Sejukkan