Back to Recipe Print

Recipe for "Qaseh Prawn Rice Porridge"


Tips

Gunakan beras yang berkualiti yang tidak mudah hancur. Boleh letakkan daun pandan untuk mewangikan bubur. Masak bubur menggunakan api sederhana untuk mengelakkan hangit.

Ingredients

Bawang Merah 3 ulas dihiris nipis
Bawang Putih 2 ulas dihiris nipis
Halia 2 cm dihiris nipis
Udang 10 ekor disiang
Kentang 1 biji dipotong dadu
Cendawan Tiram 1 genggam diracik kasar
Pati Ayam 1/2 kiub
Serbuk Lada Hitam 1 sudu kecil
Minyak Sedikit
Beras 1 cawan dicuci
Air 2 cawan
Garam Secukup rasa
Daun Sup Saderi Diracik halus

Instructions

1

Rebus udang sehingga mendidih. Angkat udang dan ketepikan.

2

Tumis bawang merah,bawang putih dan halia sehingga garing. Masukkan beras dan air rebusan udang.

3

Apabila beras separuh masak, Boleh masukkan kentang dan cendawan tiram.

4

Apabila sudah empuk. Masukkan serbuk lada hitam, lada sulah dan garam. Sekiranya bubur terlalu pekat boleh tambah air.

5

Bila semua bahan sudah serasi, tutupkan api.

6

Taburkan daun sup, bawang goreng dan telur dadar sekiranya ada.

7

Siap untuk dihidang.