Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Percik Magic Pan"


Tips

1) Resepi ini juga boleh menggunakan ikan atau udang selain daripada ayam
2) Saya lebih gemar masak menggunakan kuali bagi memudahkan proses mengacau masakan.

Ingredients

Ayam (Dipotong 4 Bahagian) 1 ekor
Cili Kering Kisar 1/2 mangkuk kecil (boleh ditambah ikut kepesana masing2)
Bawang Besar 2 biji
Bawang Putoh 4-5 ulas
Serai 3 batang
Kunyit Hidup 1 inci
Garam, Gula Dan Serbuk Perasa Secukupnya
Santan Pekat 1 mangkuk kecil

Instructions

1

Kisar bawang besar, bawang putih, serai dan kunyit hidup hingga halus. Campurkan bahan yang dikisar tadi bersama cili kering.

2

Gaulkan semua bahan kisar bersama-sama ayam di dalam kuali, masukkan santan pekat dan masak dengan api sederhana.

3

Perlu kacau selalu secara perlahan agar santan tidak pecah minyak. setelah ayam masak keluarkan dan letak ke dalam magic pan

4

Tuang kuah ke dalam periuk dan masak hingga kuah pekat. Ambil sedikit kuah untuk disapukan ke atas ayam semasa proses memanggang.

5

Panggang ayam hingga agak garing. Tambahkan kuah jika perlu. Ayam sedia dihidang bersama kuah yang telah dimask hingga pekat tadi.