Back to Recipe Print

Recipe for "Apam Polkadot Ladybird & Bumble Bee"


Tips

1. Pukul telur & gula hingga kembang supaya apam gebu.
2. Jangan biarkan apam terdedah pada angin terlalu lama kerana apam akan keras.

Ingredients

Gula 1 cawan
Telur 3 biji
Ovallate 1sb
Esen Vanila 1sk
Susu Cair 1 cawan
Tepung Gandum 2 cawan
Baking Powder 2sk
Piping Bag 5 keping
Pewarna Merah, Kuning & Hitam Beberapa titik
Filling Kegemaran Secukupnya

Instructions

1

Pukul telur, gula & ovallate hingga kembang & berubah warna menjadi warna putih. Masukkan esen vanilla & pukul lagi.

2

Ayak tepung & baking powder. Masukkan dlm adunan telur sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu cair. Kacau sebati.

3

Panaskan kukusan.

4

Bahagikan kepada 4 bahagian. Warna putih menggunakan batter asal.

5

Titikkan pewarna, kacau sebati. Perlu diingat, warna putih & hitam tidak perlu banyak kerana digunakan sedikit sahaja.

6

Masukkan batter & filling dlm piping bag. Susunkan papercup liner dlm loyang.

7

Untuk corak lady bird, paipkan batter merah 3/4 penuh. Paipkan filling, kemudian paipkan batter merah menutupi filling.

8

Lukiskan bentuk ladybird seperti dalam gambar. Harap maaf ini gambar first attempt saya, so herot petot sikit. :D

9

Untuk corak bumble bee, lukis seperti lady bird tapi tiada dot dot & dibuat garisan melintang.

10

Masukkan dalam pengukus & kukus selama 10-15min. Semasa mengalihkan apam, elakkan terkena tgn supaya apam tahan lama. Pakai glove plastik jika ada.

11

Sejukkan apam & simpan dalam bekas bertutup.