Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Percik Kuah Merah"


Tips

Saya masukkan sehelai daun pandan utk menaikkan lg bau masakkan ayam percik tersebut.

Ingredients

Bahan Perapan Ayam
Ayam Potong empat
Kunyit Sebuk 2 sudu
Garam Secukup rasa
Bahan Kuah Percik
Bawang Merah* 7 ulas
Bawang Putih* 5 ulas
Bawang Besar* 1 labu
Halia* 1 inci
Kunyit Hidup * 1/2 inci
Cili Kering* 10 tangkai
Serai* 2 batang
Asam Keping 1 keping
Santan 500 ml
Gula Anggaran 2 sudu
Garam Secukup rasa
Daun Pandan ( Masuk Dalam Kuah Percik) 1 helai
Daun Pandan (Ikat Utk Buat Renjis Atas Ayam) 5 helai

Instructions

1

Pertama sekali gaulkan bahan perapan ayam ( kunyit + garam) lepas tu bakar selama 45 minit atau sehingga masak pada suhu 190dc

Untuk kuah percik

1

Kisar semua bahan yg bertanda * hingga lumat

2

Dalam kuali, masukkan santan dan masukkan bahan kisar tadi dan kacau perlahan hingga kuah menggelegak. Masukkan garam dan gula, teruskan mengacau hingga kuah pekat.

3

Selepas itu masukkan daun pandan dan asam keping.
Biarkan sekejap, kemudian angkat keluar asam keping tersebut. Jika dibiarkan lama takut kuah terlalu masam. Agak2 kuah dah pekat terus padamkan api.

4

Keluarkan ayam dari oven, sapukan kuah percik tadi ke atas ayam yg dibakar td menggunakan daun pandan.. Lps tu masukkan semula ayam ke dalam oven.
Ulang proses tersebut 2 atau 3 kali.

5

Bila dah masak. Masukkan ayam kedalam pinggan, curahkan baki kuah percik tadi atas ayam. Siap utk dihidang.