Back to Recipe Print

Recipe for "Siakap Thai Sweet Sour"


Tips

Saya menggunakan daun limau untuk meningkatkan bau dan aroma sos. Sekiranya anda suka pedas boleh letak cili padi. Boleh juga tambah buah tomato.

Ingredients

Ikan Siakap 1 ekor
Bawang Holland 1 labu dihiris kasar
Bawang Putih 3 ulas diketuk
Halia 2 inci dihiris nipis
Cili Boh 2 sudu besar
Serai 2 batang dititik
Daun Limau Purut 3 helai dicarik
Sos Tomato 4 sudu besar
Tepung Jagung Sedikit
Air Suam 1 cawan
Minyak Menggoreng
Garam Secukup rasa
Serbuk Kunyit Sedikit

Instructions

1

Lumurkan ikan siakap dengan sedikit garam, tepung jagung dan serbuk kunyit. Goreng ikan sehingga garing dan ketepikan.

2

Tumis bawang holland, bawang putih, halia dan serai sehingga naik bau.

3

Masukkan cili boh. Tumis sehingga pecah minyak.

4

Masukkan sos tomato, garam, gula dan daun limau purut.

5

Apabila mendidih masukkan sedikit air bancuhan tepung jagung.

6

Apabila sos sudah sebati boleh dicurahkan diatas ikan siakap yang telah siap digoreng.

7

Boleh menabur daun sup sebagai hiasan. Siap untuk dihidang.