Back to Recipe Print

Recipe for "Healthy Potato Wedges"


Tips

Jangan rebus kentang terlalu lama, kerana kentang mudah rapuh ketika digaul bersama bahan perencah.

Ingredients

Kentang Kuning 4 biji dipotong baji
Serbuk Lada Hitam 1 sudu kecil
Serbuk Cili 1 sudu kecil
Serbuk Bawang Putih 1 sudu kecil
Serbuk Lada Sulah Sedikit
Garam Secukup rasa
1 Biji Putih Telur Pukul sedikit
Tepung Gandum 1 mangkuk kecil
Minyak Masak Untuk mengoreng

Instructions

1

Bersihkan kulit kentang dibawah air paip. Kemudian potong kentang mengikut saiz baji.

2

Rebus kentang hingga empuk. Selepas itu, angkat dan toskan. Biarkan ia sejuk seketika.

3

Buang kulit kentang, kemudian letak dalam mangkuk besar.

4

Pakai sarung tangan dan gaul semua rencah dengan kentang hingga sebati.

5

Seterusnya celup kentang dengan putih telur dan balik-balikkan di atas tepung gandum.

6

Panaskan minyak dan goreng kentang hingga kuning keemasan. Letakkan kentang di atas tisu dapur supaya dapat serap minyak.

7

Boleh dihidangkan bersama sos cili, mayonnaise atau sos keju.