Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Selar Masak Tauchu"


Tips

Tidak perlu tambah garam kerana taucu sudah masin.

Ingredients

Bahan Kisar
Bawang Besar 1 biji
Bawang Putih 3 ulas
Halia 2 inci
Air Sedikit
Bahan Lain
Ikan Selar 4 ekor disiang
Tauchu 1 1/2 sudu besar
Cili Hidup Merah 1 tangkai dihiris halus
Sos Tiram 1 sudu besar
Air Suam 1 cawan
Bawang Holland 1 labu dipotong bulat
Gula 1/2 sudu besar
Serbuk Kunyit Sedikit
Minyak Untuk menumis

Instructions

1

Goreng ikan selar dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Selepas itu, tumiskan bahan kisar hingga garing.

2

Masukkan tauchu kacau hingga sebati. Kemudian letakkan gula.

3

Tuang air dan biarkan kuah mendidih.

4

Akhirnya sekali masukkan bawang holland, cili hidup dan ikan selar yang telah digoreng. Gaul hingga sebati.

5

Siap untuk dihidang bersama nasi panas.