Back to Recipe Print

Recipe for "Colorful Chicken Soup"


Tips

Jangan rebus sayur terlalu lama terutama sayur brokoli dan tomato. Jangan tumis hingga garing kerana air sup akan bertukar warna coklat.

Ingredients

Bahan Kisar
Bawang Merah 5 ulas
Bawang Putih 3 ulas
Halia 2 inci
Air Sedikit
Bahan Lain
Ayam 6-7 ketul
Kentang 2 biji dipotong sederhana
Lobak Merah 1 batang dipotong sederhana
Brokoli 1 pokok dipotong sederhana
Buah Tomato 2 biji dibelah empat
Lada Sulah Sedikit
Air Suam 1 liter
Garam Secukup rasa
Minyak Untuk menumis
Daun Sup Saderi (Hiasan) Diracik kasar

Instructions

1

Tumiskan bahan kisar hingga naik bau. Kemudian tuang air dan biarkan seketika.

2

Masukkan kentang dan lobak hingga separuh masak. Selepas itu, masukkan ayam biar hingga empuk.

3

Seterusnya, masukkan brokoli, tomato, lada sulah dan garam. Apabila mendidih tutupkan api.

4

Taburkan sedikit daun sup dan bawang goreng sebelum dihidang.