Back to Recipe Print

Recipe for "Kentang Setia Hujung Nyawa"


Tips

Jika tiada kiub pati ayam, boleh juga guna serbuk sup sayur, Ajishio, Tumix, atau apa saja serbuk perisa.

Ham ayam juga boleh diganti dengan hirisan sosej (yang telah dimasak terlebih dahulu)

Ingredients

Air 1/4 cawan
Pati Ayam 1/4 kiub
Kentang 2 biji
Serbuk Lada Hitam 1/4 sudu kecil
Ham Ayam 2 keping
Cheddar Cheese 1 sudu besar
Krim Masam 1 sudu besar
Daun Bawang 1 sudu kecil

Instructions

1

Masukkan air ke dalam ramekin atau mangkuk selamat microwave.

2

Tambah pati ayam. Kacau.

3

Masukkan kentang yang didadu. Gaul.

4

Microwavekan selama 6 minit. Kacau pada minit ke 2 dan 4. Selepas selesai, buangkan air rebusan yang berlebihan di dalam mangkuk sekiranya ada.

5

Taburkan serbuk lada hitam.

6

Tambah cebisan ham ayam.

7

Tambah cheddar cheese.

8

Microwavekan lagi selama 30 saat (atau hingga cheese mencair)

9

Tambah krim masam.

10

Hiaskan dengan hirisan daun bawang.