Back to Recipe Print

Recipe for "Seri Muka Pandan"


Tips

1. Seelok-eloknya kuih sejukkan semalaman sebelum dipotong.
2. Potong kuih dengan pisau plastik untuk dapatkan potongan yang kemas.

Ingredients

Bahan Dasar - Pulut
Beras Pulut 500g
Santan Sawit 300ml
Air 300ml
Garam 2 sdt
Minyak 1 sdb
Bahan Atas - Tepung
Tepung Kastard 100g
Gula Castor 250g
Santan Sawit 600ml
Air 200ml
Daun Pandan 10-12 helai
Telur Size L Atau Gred A 4 biji
Garam 1/2 sdt
Esen Pandan *jika Suka 1/2 sdt
Pewarna Hijau Epal Star Brand Secukupnya

Instructions

Cara masak pulut

1

Cuci dan bilas beras pulut 2-3 kali. Rendam sekurang-kurangnya 4 jam. Bilas sekali lagi dan tos. Lapik loyang 10x10' dengan plastik cling wrap.

2

Masukkan santan,pulut dan garam kedalam loyang yang dilapik cling wrap supaya senang untuk keluarkan dari loyang nanti.

3

Kukus hingga masak kira2 30 minit, gaul sikit2 dan tekan hingga rata dalam loyang. ketepikan.

1

Masukkan semua bahan kecuali santan kedalam blender. Kisar hingga rata dan sebati

2

Tapis dan tuang kedalam periuk,campurkan santan dan kacau rata

3

Jerangkan seketika kira2 2-3 minit bancuhan tadi sambil dikacau.

4

Cukup sekadar naik wap sahaja,tuang kedalam loyang berisi pulut tadi. Balut tudung pengukus dengan kain supaya wap air tidak menitik

5

Kukus kira2 30-40 minit api sederhana. sejukkan sebelum dipotong