Back to Recipe Print

Recipe for "Karipap Daging"


Tips

Bagi memastikan karipap yang digoreng rangup, pastikan kita goreng dalam minyak yang banyak. Selain itu, kena rajin balik-balikkan karipap dalam kuali dan gunakan api yang sederhana.

Ingredients

Bahan Untuk Inti
Kentang (Potong Dadu) 4 biji
Daging Kisar (Saya Guna Jenama Ramly) 1/2 cawan
Bawang Besar (Dipotong Dadu) 1 biji
Bawang Putih (Cincang Halus) 2 ulas
Rempah Kari Daging 1 paket kecil
Cili Kisar 2 sudu besar
Daun Kari 2 tangkai
Garam Dan Gula Secukupnya
Air 2 1/2 cawan
Bahan Untuk Kulit Karipap
Tepung Gandum 2 1/2 cawan
Garam Secubit
Minyak Masak (Dipanaskan) 1 cawan
Air Secukupnya

Instructions

Cara menyediakan inti

1

Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, daun kari & cili kisar hingga naik bau. Kemudian, masukkan rempah kari & sedikit air.

2

Masukkan daging kisar dan kentang. Kacau rata, kemudian masukkan air. Kebiasaanya, saya akan memasukkan air sehingga sama paras dengan kentang tadi.

3

Tambahkan dengan perasa (garam dan gula) dan masak sehingga kentang empuk.

Cara menyediakan kulit karipap

1

Masukkan tepung gandum dan garam di dalam mangkuk besar dan buat bulatan ditengah-tengah tepung tadi.

2

Kemudian, masukkan minyak yang telah dipanaskan dan gaul menggunakan senduk kayu. Berhati-hati semasa tuangkan minyak panas ke dalam adunan tepung.

3

Tambahkan dengan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Kemudian, bulat2 kecil doh, terap & letakkan inti. Kelim kemas & ulang hingga doh habis

4

Selain daripada kelim sendiri, kita juga boleh menggunakan acuan karipap. Selepas dikelim, karipap sedia untuk digoreng.