Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Selar Masak Kicap"


Tips

Jika ikan bersaiz besar boleh dipotong dua. Kalau mahu pedas boleh tambah cili padi.

Ingredients

Ikan Selar 3 ekor digoreng
Halia Muda 2 inci dihiris halus
Bawang Besar 1 labu dipotong bulat
Bawang Putih 2 ulas diketuk
Sos Tiram 2 sudu besar
Sos Tomato 3 sudu
Kicap Manis 2 sudu besar
Kicap Pekat 1 sudu besar
Garam Secukup rasa
Buah Tomato 2 biji dibelah empat
Minyak Untuk menumis
Air Suam Sedikit

Instructions

1

Tumiskan halia dan bawang putih hingga naik bau.

2

Masukkan semua sos dan biarkan ia garing seketika kemudian tuangkan sedikit air dan garam. Kacau sehingga pekat.

3

Kemudian masukkan ikan selar yang telah digoreng serta bawang besar.

4

Akhir sekali masukkan buah tomato dan kacau rata.

5

Taburkan daun saderi dan siap untuk dihidang.