Back to Recipe Print

Recipe for "Serunding Daging Kelapa"


Tips

Daging boleh dikisar juga,lebih cepat masak.

Ingredients

Daging 1 kg
Kelapa Parut Putih Sahaja 1 1/2 biji
Biji Ketumbar 4-5 sdb
Halia 2"
Lengkuas 2"
Serai 2 ikat
Cili Kering Kisar Ikut pedas
Serbuk Kunyit Sedikit
Garam,gula Secukup Rasa Secukup rasa
Minyak 2 - 3 sdb

Instructions

1

Daging dipotong kecil2 kurang dari 1/2". Halia dan lengkuas diketuk,serai dimayang halus.

2

Biji ketumbar disangai dan ditumbuk / kisar tanpa air.

3

Masukkan daging,serbuk kunyit,halia dan lengkuas. Tambah air. Renehkan dan masukkan cili kisar,masak hingga daging lembut. Tutup api.

4

Keluarkan halia dan lengkuas tadi,masukkan serai dan juga kelapa parut. Tidak mengapa jika masih ada sedikit air rebusan tadi.

5

Gaul rata-rata, dan pasangkan semula api.

6

Sentiasa kacau,bila agak kelapa agak kering bolehlah masukkan sikit minyak. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa