Back to Recipe Print

Recipe for "Nasi Goreng Minang & Ayam Goreng Berempah"


Tips

1. Kuantiti cilipadi bergantung pada tahap kepedasan diingini.
2. Boleh tambah sebarang makanan laut @ isi ayam supaya lebih meriah.
3. Boleh gunakan kunyit hidup jika ada.
4. Untuk menyediakan rencah ayam goreng berempah elakkan mengisar menggunakan blender kerana perlu masukkan air. Lebih afdol jika menggunakan lesung batu atau food processor jika ada.

Ingredients

Nasi Goreng Minang, Bahan Apa Yg Diperlukan?
Nasi Putih 2 mangkuk
Serbuk Kunyit 1-2sk
Lobak Merah Dipotong Panjang 1/2 batang
Baby Corn Dipotong Panjang 2 batang
Sawi 1 pokok
Garam, Gula & Pak Aji Secukup rasa
Telur 1 biji
Bahan Kisar / Tumbuk
Cilipadi 5 tangkai
Serai (Bahagian Lembut Sahaja) 2 batang
Bawang Merah 2 ulas
Bawang Putih 2 ulas
Ikan Bilis 1 mangkuk kecil
Bahan-Bahan Untuk Fillet Ayam Goreng Berempah Pulak?
Isi Ayam Dipotong Nipis 1 cawan
Bawang Merah 2 ulas
Bawang Putih 2 ulas
Halia 2cm
Lengkuas 2cm
Serai 1 batang
Cili Kering 2 batang
Daun Kari 1 tangkai
Rempah Kari Ayam 2 sb
Garam & Gula Secukup rasa

Instructions

1

Kisar halus cilipadi, serai, bawang merah & bawang putih. Barulah masukkan ikan bilis. Kisar sebentar sahaja supaya ikan bilis tidak terlalu hancur.

2

Panaskan minyak & tumis bahan kisar. Masukkan serbuk kunyit & biarkan tumisan pecah minyak.

3

Perasakan dengan garam, gula & pak aji secukup rasa. Masukkan nasi & kacau sebati.

4

Buatkan lubang ditengah kuali & pecahkan telur. Biarkan telur separuh masak barulah dikacau lg hingga sebati.

5

Masukkan sayur2an & kacau hingga sayur layu. Sedia dihidang.

Fillet Ayam Goreng Berempah pula, bagaimana nak sediakan?

1

Tumbuk semua bahan kecuali serbuk kari & ayam. Apabila halus masukkan serbuk kari & kacau sebati. Masukkan sedikit air supaya bahan tumbuk sebati.

2

Lumurkan pada fillet ayam & perap selama 20-30min.

3

Panaskan minyak & goreng fillet hingga garing. Angkat ayam bersama serdak2 supaya tidak hangit. Toskan minyak.

4

Hidangkan Nasi Goreng Minang bersama Fillet Ayam Goreng Berempah. Taburkan serdak diatas ayam. Hidangkan juga bersama telur goyang.