Back to Recipe Print

Recipe for "Kari Daging"


Tips

Bagi orang yang mempunyai sakit jantung, sila tukarkan santan kepada susu cair

Ingredients

Daging (Hiris Nipis) 200 g
Santan 200 g
Air 100 - 200 ml
Kentang (Potong 4) 1-2 biji
Rempah Tumis (Bunga Lawang, Cengkih,buah Pelaga, Kulit Kayu Manis) Secukupnya
Serbuk Kari Daging Sepeket kecil
Bawang Merah (Dikisar) 4-5 biji
Bawang Putih (Dikisar) 1-2 ulas
Halia (Dikisar) 1-2 cm
Serai (Optional) Sebatang
Asam Keping (Boleh Guna Air Asam Jawa Juga) 2 keping
Garam Secukupnya
Minyak Untuk Menumis 5-6 sudu besar

Instructions

1

Panaskan minyak untuk menumis.

2

Masukkan bahan yang dikisar bersama-sama rempah tumis.

3

Tumis sehingga naik bau.

4

Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.

5

Tumis sehingga serbuk kari menjadi garing.

6

Setelah rempah garing, masukkan daging dan kentang. Kacau rata.

7

Masukkan sedikit air. Biar kan daging dan kentang lembut.

8

Renehkan sehingga daging cukup lembut/empuk.

9

Setelah daging dan kentang empuk, tambahkan santan. Kacau sebati.

10

Setelah semua empuk, perasakan dengan garam.