Back to Recipe Print

Recipe for "Kaki Ayam Kicap Cendawan"


Tips

1. Pilih kaki ayam yang tebal,gemuk lebih banyak isi.
2. Tutup kuali dengan penutup periuk bertangkai.
3. Lepas api ditutup biar seketika suhu minyak berkurangan.
4. Kemudian baru ditos atau diterbalikkan untuk mengelakkan tangan dipercik minyak.

Ingredients

Kaki Ayam 10 kaki
Cendawan Kering 4 biji
Bawang Putih 3 biji
Halia 2 inci
Cili Kering 3 biji
Kicap Manis 2 sdb
Air Secukupnya
Minyak Untuk goreng

Instructions

1

Bersihkan kaki ayam dan lap kering dengan kitchen towel.
Panaskan minyak

2

Goreng kaki ayam hingga garing. Tutup kuali sejurus masukkan kaki ayam supaya tidak memercik minyak. Tutup api selepas 5-8minit.Biar sekejap

3

Terbalikkan kaki ayam tadi,dan buka semula api.Biar kira2 5-8minit. Tutup api dan biar seketika,baru ditos

4

Kurangkan minyak,tinggalkan dalam 1 sudubesar, tumis bawang putih tadi tanpa perlu di dipotong. Halia dihiris nipis,masukkan selepas bawang agak wangi

5

Masukkan kaki ayam yang digoreng tadi bersama cendawan yang telah direndam dan air. Renehkan dengan api perlahan

6

Tambah air juka perlu,reneh kira2 30minit dan akhir sekali masukkan kicap dan cili kering tanpa dipotong.

7

Reneh hingga kuah agak kering