Back to Recipe Print

Recipe for "Tom Yam Kaw"


Tips

1. Sedap dihidang panas.
2. Untuk tabur boleh guna daun ketumbar atau ketumbar jawa.
3. Rebus sup bersama akar ketumbar akan menaikkan lagi bau tomyam.

Ingredients

Ayam - Bahagian Mana Yang Disukai 2-3 ketul
Carrot 2"
Cendawan Tiram Sebungkus
Bunga Kubis 1 mangkuk kecil
Bawang Holand 1 biji kecil
Serai -Ketuk 1 batang
Daun Limau - Koyak 1-2 helai
Lengkuas - Hiris Atau Ketuk 2 inci
Cili Padi 5-6 biji
Halia - Hiris 1 cm
Air 2 cawan
Pes Tomyam - Sila Refer Di Resepi Pes Untuk Resepi Lebih Tepat
Cili Boh Jenama Puteri 50g
Tomato Puri 50-65g
Lengkuas 2-2.5inci
Serai 1-2 batang
Daun Limau 2-3 helai
Daun Ketumbar 1-2 pokok
Udang Kering 10-15g
Pes Asam Jawa 1/8cwn
Minyak 50-65g
Gula 2-3sdb
Garam 1/2-1sdb

Instructions

1

Ayam dipotong kecil,sayuran dipotong mengikut saiz yang dikehendaki.
Ketuk halia,lengkuas,serai,.Koyakkan daun limau purut

2

Didihkan air bersama ayam dan bahan ketuk/hiris tadi.Biar sehingga ayam 3/4 masak.

3

Masukkan carrot,daun limau dan 1/2 cawan pes. Biar mendidih lagi dan masukkan sayuran mengikut kelembutan nya.

4

Tabur daun ketumbar sebelum dihidang

Cara membuat pes

1

Buang urat daun limau,pokok ketumbar dibersihkan ambil akarnya sekali.
Potong kecil halia,lengkuas,serai

2

Kisar halus semua bahan kecuali garam,gula,minyak

3

Masukkan bahan kisar,minyak,garam dan gula kedalam periuk. Reneh api perlahan 20minit

4

Baki pes boleh disimpan