Back to Recipe Print

Recipe for "Kari Kepala Ikan Merah"


Tips

Saya suka menggunakan rempah Kari jenama ''O'' kerana rasa kari yang lebih kick. Kari ini sedap di makan bersama nasi atau roti.

Ingredients

Kepala Ikan Merah 300 gram
Bawang Merah 5 ulas
Bawang Merah 3 ulas
Serbuk Rempah Kari Ikan 1 paket kecil
Serbuk Cili 4 sudu besar
Asam Keping 1 keping
Santan Pekat 1 cawan
Tomato 1 bii dibelah lempat
Bendi 8 batang
Daun Kari Secukupnya
Garam, Gula Secukup rasa
Air Secukupnya
Minyak Untuk Menumis Secukupnya

Instructions

1

Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk beserta daun kari.

2

Bila bawang sudah kekuningan,masukkan rempah kari dan serbuk cili yang telah dicampur sedikit air.

3

Tumis sehingga garing lalu masukkan ikan,asam keping(tambah air jika perlu). Biarkan seketika

4

Kemudian masukkan santan, bendi,tomato dan sedikit air. Didihkan sebentar.

5

Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa

6

Biarkan ikan betul-betul masak dan empuk. Sedia dihidang