Back to Recipe Print

Recipe for "Jemput-Jemput Pisang"


Tips

Kalau tiada soda bikarbonat dan baking powder boleh guna serbuk potas. Tapi ada rasa kurang sedap sikit. Kalau tak nak letak baking powder or soda bikarbonat or serbuk potas pon boleh tapi jemput2 akan jadi leper dan agak berminyak.

Ingredients

Pisang Emas 10 biji
Gula Pasir / Halus (Lebih Baik) 3 sudu besar
Tepung Gandum 1 1/4 cawan
Baking Powder 1/4 sudu teh
Soda Bikarbonat 1/2 sudu teh
Garam Secubit
Minyak Masak Secukupnya untuk menggoreng

Instructions

1

Campurkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder dalam satu bekas. (Lebih baik jika diayak bersama).
Ketepikan

2

Pisang emas dibuang kulitnya dan dilecek hingga hancur. (Jangan dikisar kerana ia akan mengubah tekstur jemput2)

3

Masukkan gula dan garam kemudian gaul lagi hingga sebati atau sehingga gula hancur.

4

Masukkan campuran tepung, soda bikarbonat dan baking powder tadi dan gaul lagi hingga sebati.

5

Panaskan minyak dengan nyalaan api sederhana.
Basahkan hujung jari dengan air dan jemputkan adunan ke dalam kuali.

6

Goreng sehingga warnanya bertukar coklat gelap. (semakin byk pisang dan gula warnanya semakin gelap)
Kecilkan sedikit api jika didapati warnanya terlalu cepat bertukar gelap untuk memastikan isi jemput masak sekata.

7

Angkat jemput2 yang telah masak dan letakkan di atas paper towel bg memudahkan minyak diserap.
Bolehlah dihidangkan bersama teh o / kopi o sebagai sarapan pagi atau minum petang.
SELAMAT MENCUBA!