Back to Recipe Print

Recipe for "Bihun Goreng Mamak"


Tips

Goreng telur selepas bihun dimasukkan untuk rasa lebih sedap. Kurangkan kuantiti cili jika ingin kurangkan kepedasan.

Ingredients

Bihun Setengah paket
Cili Boh 3 sudu
Bawang Merah 2 biji
Bawang Putih 3 biji
Daging 100g
Tomato 1 biji
Cili Merah 2 batang
Cili Hijau 2 batang
Kobis Potongan Halus Semangkuk
Tauhu 1 keping
Telur 2 biji
Kicap Mee 2 sudu
Garam Secukup rasa
Limau Nipis 1 biji
Air Secukupnya

Instructions

1

Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. pecahkan telur dan goreng hancur.

2

Masukkan sedikit minyak dan kemudian goreng tauhu hingga garing. potong kecil dan ketepikan.

3

Tumbuk bawang merah dan putih. nak masukkan bawang dengan tomato dan cili juga boleh.

4

Panaskan sedikit minyak dal kuali. tumis bawang hingga naik bau. masukkan cili boh dan goreng hingga kecing. masukkan bahan yang sudah diblend.

5

Tambah kicap mee dan garam. setelah bahan-bahan menggelegak, masukkan daging yang telah dihiris nipis.

6

Bila daging mula masak. masukkan bihun, telur hancur, tauhu dan kobis. kacau sebati

7

Hidang bihun dan perahkan sedikit limau.