Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Buah Kukus Sedap"


Tips

Untuk potongan kek yang kemas dan cantik,simpan dalam peti semalaman, sebaik sahaja keluarkan dari peti terus potong kek ini di bakar kukus dalam oven selama 3 jam dengan api bawah sahaja. selepas 1 jam 10 minit, cover permukaan kek dengan kertas timah selama 1 jam dan untuk 1 jam terakhir keluarkan kertas timah. Cucuk dengan lidi untuk untuk mengetahui kek sudah masak atau belum. Saya guna loyang empat segi 9" x 9"

Ingredients

Butter 250gm
Gula Pasir 350gm
Air Panas 1 cawan
Buah-Buahan Campuran 500gm
Telur 4 biji gred b.. kalau gred a 3 biji telur
Tepung Gandum 350gm
Krim Tartar 1 sudu kecil
Soda Bikarbonat 2 sudu kecil
Serbuk Kulit Kayu Manis Atau Serbuk Buah Pala 1 sudu kecil
Susu Pekat Manis 1 sudu besar
Oren Sunquick 2 sudu besar
Esen Vanila 1 sudu teh

Instructions

1

Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan.

2

Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquik.

3

Kacau kemudian sejukkan. Ayak bahan bahan yang bertanda *.

4

Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.

5

Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.

6

Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.

7

Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)

8

Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).