Back to Recipe Print

Recipe for "Asam Rebus Omak Den"


Tips

Masukkan daun kesum atau bunga kantan untuk aroma yang lebih ummmppphh!

Ingredients

Ikan Selar/ikan Kembung 2 ekor
Bawang Merah Sebiji - cincang
Bawang Putih 3 ulas - cincang
Kacang Panjang/kacang Buncis Semangkuk kecil - boleh letak lebih jika mahu
Cili Kisar 2 sudu besar - nak pedas boleh letak lebih
Asam Keping 2 keping
Daun Kesum 1 tangkai
Garam 1 sudu kecil
Kunyit 1 sudu kecil
Air 3 cawan

Instructions

1

Bersihkan ikan dengan perasakan sedikit kunyit dan juga garam.

2

Masukkan air, bawang merah, bawang putih, cili kisar, asam keping dan daun kesum ke dalam periuk.

3

Letakkan periuk di atas api. Setelah mendidih masukkan ikan.

4

Apabila ikan sudah masak, boleh masukkan kacang panjang/kacang buncis yang telah dibersihkan.

5

Akhir sekali perasakan masakan anda dengan 1 sudu kecil garam.