Back to Recipe Print

Recipe for "Sambal Tempeh"


Tips

Kalau tak nak letak serai pun boleh.tapi rasanya kurang sedap.

Ingredients

Tempeh 1 bungkus
Tomato Sederhana Besar * 1 biji
Serai Dihiris Halus * 1 batang (amik yang putih sahaja)
Cili Merah * 2 batang
Bawang Merah * 3 biji
Bawang Putih * 1 ulas
Cili Padi * 1 tangkai (nak pedas lebihkan)
Halia * 1/2 inci
Garam Secukup rasa
Gula Secukup rasa
Air Secukupnya
Minyak 3 sudu besar
Daun Ketumbar Dihiris Hiasan

Instructions

1

Panaskan minyak, potong tempe bentuk dadu dan gorengkan tempe sehingga kemerahan.

2

Kisar semua bahan bertanda * dan masukkan ke dalam tempe tadi.

3

Kacau sebati,masukkan gula dan garam.

4

Apabila telah mendidih dan hampir pekat, tutup api.Hiasankan dengan taburkan hirisan daun ketumbar.

5

Sedia dihidang.