Back to Recipe Print

Recipe for "Udang Goreng Kacang Panjang"


Tips

Udang jangan dibiarkan masak terlalu lama. Ia akan keras. Cukup apabila warnanya bertukar dan terus diangkat bagi mengekalkan kesegaran dan kemanisan udang.

Boleh juga tambahkan cili jika mahu pedas.

Ingredients

Udang (Medium Size) 15-20 ekor
Bawang Putih (Dimayang) 3 ulas
Bawang Merah (Dimayang) 2 ulas
Serbuk Kunyit 1/2 sudu kecil
Kacang Panjang 1 ikat
Sos Tiram 1 sudu besar
Sos Nampla/ Sos Ikan 1 sudu kecil

Instructions

1

Basuhkan udang dan toskan.

2

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang merah, putih dan serbuk kunyit. Tumis sehingga garing.

3

Masukkan sos tiram, sos nampla/ikan dan sedikit garam. Masukkan sedikit air.

4

Masukkan kacang panjang dan biarkan ia masak seketika.

5

Masukkan udang. Goreng sehingga masak. Rasakan garam.

6

Angkat dan sedia untuk dihidang.