Back to Recipe Print

Recipe for "Sambal Udang Ringkas"


Tips

Perah air asam jawa untuk hilangkan rasa hanyir udang.

Ingredients

Udang 1/2 kg
Cili Kisar 4 sudu besar
Belacan (besar ibu jari)
Serai 1 batang
Bawang Merah 1 biji
Air (satu cawan kecil)
Asam Jawa Secukupnya
Gula Pasir (secukupnya)
Garam (secukupnya)

Instructions

1

Buangkan kepala udang terlebih dahulu dan biarkan kulit dibahagian ekor dan badan sahaja.

2

Kemudian, kisarkan lada kisar, belacan dan secawan kecil air sehingga lumat.

3

Potong kan bawang besar secara bulat bulat .

4

Sesudah itu, tumiskan bawang yang telah dipotong ke dalam minyak kuali yang panas

5

Tumis bawang sehingga naik bau.

6

Kemudian, masukkan lada kisar dan belacan yang telah dikisar tadi ke dalam kuali yang sama.

7

Tunggu sehingga sambal itu pecah minyak.

8

Dan masukkan perahan air asam jawa ,sedikit gula dan sedikit garam ke dalam sambal.

9

Akhir sekali ,masukkan udang mentah tersebut ke dalam sambal dan tunggu sehingga udang itu masak.