Back to Recipe Print

Recipe for "Mee Sup Mudah, Cepat & Lazat Berkhasiat"


Tips

Pastikan anda membasuh mee kuning sehingga air basuhan kelihatan jernih. Atau rendamkan seketika mee kuning sebelum membasuh berulang kali.
ini adalah untuk mengelakkan sup berasa pahit kerana adanya asid borik dalam pembuatan mee.

Ingredients

Daging / Ayam - Dipotong Kecil Dan Nipis. 50 gram
Bawang Besar ** 2 biji sederhana
Bawang Putih ** 3 ulas
Halia Tua** 1/2 inci
Mee Kuning 150 gram
Tauhu Goreng - Dibelah Dua 4 ketul
Telur Sebiji
Sayuran Pilihan Seperti Saderi, Lobak, Bunga Kobis, Bayam, Cendawan Tiram Dll Mengikut kehendak
Air Putih 4 cawan atau lebih ikut kemahuan kuantiti sup

Instructions

1

Tumbuk kesemua bahan bertanda **

2

Panaskan periuk bersama sedikit minyak zaitun dan goreng seketika buah pelaga, kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.

3

Masukkan bahan tumbuk tadi dan tumis hingga layu. Kemudian masukkan ayam/ daging, tumis sebentar dan masukkan air. Rebus sehingga ayam/ daging empuk.

4

Kemudian, Masukkan tauhu goreng dan sayuran kecuali bayam atau sayuran berdaun lain. Setelah mendidih masukkan telur. Jangan dikacau untuk mengelakkan telur pecah.

5

Selepas itu, perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan bayam atau sayuran berdaun lain tadi.

6

Akhir sekali, masukkan mee kuning, gaul rata dan tutup api.

7

Siap untuk dihidang dan dijamu bersama cili potong kicap.