Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Siakap Stim Dengan Lemon"


Tips

1. Hirisan lemon dan perahan lemon akan membuatkan kuah semakin pahit apabila disimpan lama.

2. Untuk mengelakkan pahit boleh keluarkan hirisan lemon semasa simpan dan perahan lemon dimasukkan semasa ikan hampir masak atau telah pasak.

Ingredients

Serai 3 batang, diketuk
Lada Besar 2 biji, di hiris halus, buang biji
Cili Kampung 6 biji
Lemon 1/2 di hiris nipis
Perahan Lemon 1/2 biji
Daun Limau 3 helai, di belah dua
Bawang Besar 1 biji, di hiris
Bawang Putih 3 biji, di cincang
Halia 1 inci, dihiris halus panjang
Garam Secukupnya
Gula 1 sudu besar
Air 1/2 cawan
Daun Sup Segenggam, di hiris
Daun Bawang Segenggam, di hiris
Ikan Siakap 1 ekor

Instructions

1

Lumurkan ikan dengan garam dengan rata. Dan biarkan seketika supaya garam dapat meresap ke dalam ikan.

2

Sementara itu sediakan bahan-bahan yang diperlukan.

3

Sediakan loyang masukkan semua bahan-bahan hirisan. Masukkan juga sebatang serai.

4

Masukkan ikan. Letakkan juga sedikit bahan-bahan tadi di dalam perut ikan.

5

Taburkan lebihan bahan hirisan tadi di atas ikan. Tinggalkan sedikit daun bawang dan daun sup untuk hiasan.

6

Panaskan kukus. Masak sehingga ikan separuh masak.

7

Garam dan gula dilarut dalam air dan perahan lemon. Masukkan apabila ikan telah setengah masak. Masukkan juga daun limau.

8

Rasa kuah untuk memastikan garam dan gula cukup rasa.

9

Tutup api apabila ikan telah masak. Taburkan daun sup dan daup bawang apabila selesai.