Back to Recipe Print

Recipe for "Cucur Udang Mini"


Tips

1. Bila nak ambil sedikit adunan menggunakan jari,pastikan jari anda dibasahkan sedikit untuk mengelakkan agar adunan tersebut melekat di jari dan untuk pastikan cucur mudah dibentuk bulat.

2. Gorengkan cucur menggunakan api yg sederhana perlahan agar cucur masak di luar dan di dalam.

Ingredients

Tepung Gandum 2 cawan
Tepung Beras 1 cawan
Garam 4 sudu teh
Serbuk Kunyit 1 sudu besar
Serbuk Cili 2 sudu besar
Udang Kecil Ikut citarasa
Sedikit Air Panas 1 cawan

Instructions

1

Satukan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit, serbuk cili, udang kecil dan garam dalam satu mangkuk besar.

2

Ambil air panas dan masukkan sedikit demi sedikit sambil adunan dikacau. Kuantiti air yg perlu dimasukkan bergantung pada citarasa sendiri.

3

Sekiranya inginkan cucur yang agak padat dan ranggup masukkan sedikit sahaja air ke dalam adunan bater tersebut sambil dikacau sehingga sebati.

4

Panaskan minyak. Jemputkan cucur tersebut menggunakan jari atau sudu ke dalam minyak yang telah sederhana panas.

5

Cucur udang bolehlah diangkat apabila berwarna keperang-perangan. Hidangkan cucur udang tersebut dengan sos cili atau sambal ikan bilis.