Back to Recipe Print

Recipe for "Kuih Khoci Pulut Hitam Bersantan"


Tips

Layur daun pisang atas api untuk bagi ianya lembut dan mudah dilipat.

Ingredients

Daun Pisang 5 helai
Tepung Pulut Hitam 2 cawan
Air Secukupnya
Kuah
Santan 2 cawan
Tepung Beras 1/2 cawan
Air Diguna sekiranya terlalu pekat
Inti Kelapa
Kelapa Parut Putih 1/2 biji
Gula Melaka 50gm
Daun Pandan 2 helai
Air 1/2 cawan

Instructions

1

Layur daun pisang atas api sehingga agak2 layu dan lembut agar mudah dilipat.

2

Dalam satu bekas letak tepung pulut hitam dan letak air sedikit demi sedikit sehingga likat

3

Dan gaul sehingga agak jadi doh

Cara buat santan

1

Dalam periuk, letak santan dan gaulkan hingga sebati

2

Baru letak atas api dan kacau hingga agak likat

Untuk inti kelapa manis

1

Dalam kuali letak air, kelapa parut, gula melaka dan daun pandan

2

Pasang api dan kacau sehingga likat

3

Bila semuanya sudah ready masa untuk membuat kuihnya

4

Ambil sedikit doh tadi dan letak inti dan tutup dan buatkan bulat2 di dalam atas daun pisang

5

Kemudian masukkan santan dan lipat kecil-kecil seperti bungkus nasi lemak