Back to Recipe Print

Recipe for "Bihun Goreng Black Pepper"


Tips

1. Boleh cuba tambah bahan lain untuk lebih sedap seperti makanan laut atau ayam.

2. Black papper aji shio mempunyai rasa masin. Jadi kurangkan garam jika mahu gunakannya.

Ingredients

Kobis 2 helai, dihiris halus
Lobak Sedikit, dipotong kecil
Bawang Besar 1/2 biji dipotong kecil
Bawang Putih 1biji, dicincang
Garam 2 cubit
Bihun Segenggam
Minyak Masak 2 sudu makan
Ikan Bilis Goreng Sedikit
Black Papper Secukup rasa
Air 1/2 cawan
Cili 3 biji, dibelah dua

Instructions

1

Rendamkan bihun di dalam air untuk dilembutkan sedikit.

2

Sementara itu, sediakan bahan-bahan di atas.

3

Panaskan kuali. Tumis bawang putih sehingga naik bau.

4

Masukkan hirisan bawang besar, lobak, dan cili. Tunggu sehingga lobak lembut sedikit.

5

Masukkan sedikit garam dan kobis. Gaul dan tunggu sebentar.

6

Masukkan air dan biar mendidih.

7

Masukkan bihun, gaul rata dan masakk sehingga bihun lembut. Jika terlalu kering dan bihun masih keras boleh tambah air.

8

Taburkan black papper dan gaul rata.

9

Rasa masakan anda untuk memastikan masakan cukup rasa.

10

Sedia dihidangkan. Tabur ikan bilis goreng dan telur mata.