Back to Recipe Print

Recipe for "Laksa Kuale"


Tips

Untuk menghilangkan hanyir ikan, sebaiknya gaulkan ikan dengan garam dan perahkan sedikit limau nipis, perap sebentar. Kemudian di cuci bersih.

Ingredients

Ikan Kembung 10 ekor
Asam Gelugur 5 keping
Air Secukupnya Utk merebus ikan
Cili Kering Kisar 20 tangkai
Bawang Besar Kisar 5 biji
Bawang Putih Kisar 3 ulas
Belacan Bakar Kisar Besar 50 sen
Bunga Kantan 2kuntum
Serai Diketuk 2 batang
Asam Keping 7 keping
Lengkuas 1 inch
Daun Kesum 1 mangkuk

Instructions

1

Ikan di siang, buang perut dan insang kemudian cuci bersih.

2

Tambahkan air secukupnya untuk merebus ikan.
Masukkan juga asam keping
Kemudian rebus ikan hingga empuk.

3

Bila dah empuk tunggu air rebusan sejuk, barulah keluarkan ikan dari periuk. Keluarkan juga asam keping.

4

Asam keping ni kita dah tak gunakan lagi, bolehlah di buang.
Asingkan isi ikan dari tulang dan kepala.

5

Isi ikan kita bahagi 2, 1 bahagian kita ramas-ramas kasar dan satu bahagian lagi kita kisar bersama air rebusan ikan.

6

Tulang pula kita masukkan dalam pengisar, masukkan juga air rebusan ikan dan kisar halus.
Boleh ulang kisar 2 kali untuk mendapatkan patinya.

7

Lepas kisar, kita tapis.
Masukkan semula air rebusan ikan, air tulang ikan dan juga air isi ikan yang kita dah kisar ke dalam periuk.

8

Kisar semua bahan kisar dan masukkan ke dalam periuk, kemudian masukkan semua bahan diatas dan biarkan ia mendidih

9

Perasakan dengan gula, garam, dan pasti sedap jika mahu. Sedia dihidang!