Back to Recipe Print

Recipe for "Mochi Bijan"


Tips

cara nak buat kuih ni diolah dengan menggunakan pemanggang ajaib atau boleh juga guna kuali non stick.

Ingredients

Tepung Pulut 1 cawan
Air Suam 3/4 cawan
Gula Halus 1 sudu besar
Bawang Merah Dihiris Nipis 2 ulas
Bijan Dipanggang 1/2 cawan

Instructions

1

Satukan tepung pulut dan air ke dalam satu bekas. Masukkan gula halus. Kacau sehingga sebati. Ketepikan

2

Mula- mula kena sediakan untuk minyak bawang. Panaskan minyak letak sikit sahaja minyak dan goreng bawang merah sehingga keperangan

3

Tuangkan campuran tepung pulut tadi ke dalam pemanggang ajaib dan dengan api yang sederhana.

4

Kacau sehingga ia bertukar menjadi bebola doh yang lembut

5

Masak dalam 3 - 4 minit sampai doh menjadi licin tak melekat dan nampak transparent.

6

Angkat doh tadi dan letak atas pinggan yang telah diratakan dengan separuh bijan panggang. Sebenarnya tak nak bagi melekat kat pinggan.

7

Tekan -tekan sikit biar doh jadi nipis dan boleh potong dengan pisau untuk saiz kecil seterusnya salut dengan lebihan bijan panggang tadi.

8

Boleh dihidangkan terus.