Back to Recipe Print

Recipe for "Jejari Keledek Kayu Manis"


Tips

Jika tiada serbuk kayu manis, boleh letakkan beberapa sudu gula perang ke dalam balang/bekas tertutup. Kemudian, masukkan 1 - 2 batang kulit kayu manis. Biarkan selama beberapa hari. Gula akan menyerap aroma kayu manis tersebut.

Ingredients

Keledek Jepun 2 biji
Minyak Masak Secukupnya untuk menggoreng
Bahan Untuk Bater
Tepung Gandum 1 cawan
Tepung Beras 1 cawan
Marjerin 1 sudu besar
Garam Secukup rasa
Serbuk Kunyit Secubit
Air Secukupnya
Bahan Untuk Gula Kayu Manis
Gula Perang 2 - 3 sudu besar
Serbuk Kayu Manis 1 sudu besar

Instructions

1

Keledek dipotong memanjang seperti jejari/fries. Selepas dipotong, cuci dan rendam seketika dalam air garam untuk elakkan keledek jadi lebam.

Untuk Membuat Bater

1

Di dalam mangkuk sederhana besar, satukan tepung gandum, tepung beras, marjerin, garam dan serbuk kunyit.

2

Letakkan air sedikit demi sedikit dan kacau sekata hingga menjadi bater yang sederhana pekat. Jangan terlalu cair

3

Tuskan keledek. Panaskan minyak. Celupkan keledek ke dalam bater dan goreng hingga warnanya bertukar keperangan.

Untuk Membuat Gula Kayu Manis

1

Untuk membuat gula kayu manis, campurkan gula perang dengan serbuk kulit kayu manis. Gaul sekata.

2

Sesudah digoreng, taburkan gula kayu manis ke atas keledek. Gaul supaya gula kayu manis tadi menyalut bahagian luar keledek.