Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Buttermilk"


Tips

1. Biasanya daun kari digunakan

2. Boleh tambah cili padi bagi yg sukakan pedas

3. Boleh guna susu pekat /susu tepung jika tiada susu cair atau susu segar

4. Jika guna susu tepung, bancuh dahulu (bancuh suam)

Ingredients

Ayam (Potong Kecil) 6 ketul
Tepung Beras* 3 sudu besar
Tepung Jagung* 1 sudu besar
Tepung Gandum* 1 sudu besar
Telur 1 biji
Minyak Masak Secukupnya
Bawang Besar 1 biji
Bawang Putih 3 ulas
Cili Api 5 biji
Daun Kari 3 tangkai
Susu Cair Setengah cawan
Butter 3 sudu besar
Garam Secukup rasa
Gula Secukup rasa

Instructions

1

Panaskan minyak masak dalam kuali. Campurkan bahan tepung yg bertanda (*).

2

Celupkan ayam dalam telur dan salutkan dgn campuran tepung tadi. Goreng sampai ayam masak warna keemasan. Angkat ayam dan ketepikan.

3

Hiris halus bawang besar, bawang putih dan cili api.

4

Dalam kuali lain, cairkan butter. Setelah butter cair, tumis bahan2 yg telah dihiris dan daun kari sehingga naik bau. (saya tak guna sbb tiada)

5

Masukkan susu dan kacau sebati. setelah susu sedikit menggelegak, masokkan ayam yg telah digoreng terlebih dahulu tadi.

6

Kacau sehingga ayam sebati. Jika mahu berkuah, boleh tambah susu. Perisakan dengan garam dan gula. Siap!