Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Pandan"


Tips

Untuk rasa yang lebih sedap, perap ayam sekurang-kurangnya selama 3 jam.

Ingredients

Daging Ayam (Potong Dadu Nipis2) 300gm
Serbuk Ketumbar 1 sudu teh
Serbuk Jintan Manis 1 sudu teh
Serbuk Jintan Putih 1 sudu teh
Serai 2 ke 3 batang
Bawang Merah 6 ke 10 biji
Bawang Putih 3 ke 4 ulas
Gula Merah 3 sudu penuh
Gula 3 sudu
Garam Dan Perisa Secukup rasa

Instructions

1

Potong isi ayam nipis2 atau dadu kemudian cuci dan tos airnya

2

Kisar kesemua bahan diatas kemudian perap bersama isi ayam selama 3 jam. Tak perlu letak di tempat beku

3

Ambil sesudu isi ayam yg telah diperap kemudian lilit dengan daun pandan

4

Simpan di tempat beku untuk tahan lebih lama kerana tiada bahan pengawet

5

Goreng dengan api sederhana sehingga masak