Back to Recipe Print

Recipe for "Puteri Mandi"


Tips

Doh boleh dibuat pelbagai warna dan disadur dengan kelapa parut putih yang menggunakan gula pasir.

Ingredients

Untuk Doh
Tepung Pulut 1 cawan
Jus Pandan 1/2 cawan
Untuk Sadur
Gula Melaka 1/2 cawan
Air 1 cawan
Kelapa Parut 1/2 biji
Daun Pandan 1 helai

Instructions

1

Campur tepung pulut dengan jus pandan sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga tepung tidak melekat di tangan dan bekas.

2

Didihkan air. Ambil sedikit doh tadi dan gentel bulat bulat sebesar ibu jari dan tekan sedikit di tengah-tengahnya.

3

Masukkan doh ke dalam air mendidih. Doh akan timbul bila sudah masak.

4

Angkat guna penapis teh dan masukkan ke dalam semangkuk air sejuk untuk mengelakkan ianya melekat.

1

Masak air, gula melaka dan daun pandan sehingga gula larut. Tapiskan.

2

Masukkan kelapa parut dan kacau hingga pekat.

3

Gaulkan doh ke dalam kelapa saduran hingga rata.

4

Boleh dihidang panas atau sejuk.