Back to Recipe Print

Recipe for "Siakap Tiga Rasa"


Tips

Resepi ini untuk 1 ekor ikan siakap, jika menggunakan lebih ikan, gandakan resepi mengikut selera anda

Ingredients

Ikan Siakap 1 ekor
Cili Boh Puteri 1 sudu besar
Sos Cili 4 sudu besar
Sos Tiram 2 sudu besar
Sos Tomato 1 sudu kecil
Nenas Secukupnya
Tomato Dipotong Dadu 1 biji
Bawang Besar Dihiris Nipis 1/2 labu
Cili Padi 5 biji
Gula 1 sudu besar
Garam, Perasa Secukupnya

Instructions

1

Ikan siakap digaul bersama kunyit, garam dan goreng hingga cukup masak. Ketepikan

2

Tumiskan cili boh hingga naik bau dan masukkan 3 jenis sos tadi. Tambahkan sedikit air

3

Kemudian masukkan cili padi dan carrot dan biar mendidih

4

Masukkan juga sedikit garam, gula dan perasa. kalau terlalu pekat tambah air

5

Selepas itu masukkan tomato, nenas dan bawang besar

6

Setelah sos siap, curahkan di atas ikan. Sedia dihidang