Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Kerisi Ulala"


Tips

Ikan kerisi tidak dicampurkan di dalam kuali untuk mengekalkan kegaringan ikan.

Ingredients

Bahan Untuk Goreng Ikan
Ikan Kerisi 4 ekor
Serbuk Kunyit 1 sdb
Garam 1 sdt
Sos Ikan
Bawang Besar * 1 biji
Bawang Putih * 3 ulas
Halia* 1 inci
Cili Kering * 10 tangkai
Cili Api Potong Halus 5-7biji
Tomato Dibelah 4 1 biji
Sos Tomato 2 sdb
Sos Cili 2 sdb
Sos Cili Thai 1 sdb
Air 1 cawan
Garam Secukup rasa
Gula Secukup rasa
Minyak Masak Secukupnya

Instructions

1

Cuci ikan kerisi dan lumurkan dengan kunyit dan garam.

2

Panaskan minyak masak dan goreng hingga garing. ketepikan.

3

Kisar bahan yg bertanda (*).

4

Tumis bahan2 kisar tadi sehingga naik bau.

5

Masukkan air sedikit kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.

6

Kacau hingga sos menjadi sedikit pekat.

7

Masukkan cili api jika mahu lebih pedas.

8

Kemudian masukkan tomato yg telah dipotong. Masak selama 30 saat supaya tomato tidak terlalu lembik.

9

Perisakan dgn garam dan gula.

10

Setelah rasa okey, curahkan kuah sos tadi ke atas ikan kerisi yg telah digoreng. Siap!