Back to Recipe Print

Recipe for "Kuih Buah Melaka"


Tips

Sapukan tepung pada tangan semasa mengentel buah melaka supaya adunan tak melekat pada tangan.

Ingredients

Tepung Pulut 1 cawan
Tepung Gandum 1 sudu besar
Gula Melaka Secukupnya
Air 1/2 cawan
Kelapa Parut 1 cawan
Garam Secubit
Pewarna Hijau Secukupnya
Daun Pandan Sehelai

Instructions

1

Satukan tepung pulut dan tepung gandum.

2

Tuangkan air yang dicampurkan dengan pewarna hijau sedikit demi sedikit sambil uli menjadi doh.

3

Didihkan air bersama daun pandan sementara tu ambil doh sedikit dan bulat²kan doh letak sedikit gula melaka dan bulatkan.

4

Masukkan buah melaka kedalam air yang mendidih tadi, biarkan sehingga ia timbul.

5

Angkat, toskan air dan salutkan pada kelapa parut yang digaul bersama secubit garam. Siap.