Back to Recipe Print

Recipe for "Pajeri Nenas"


Tips

Lebihkan gula kerana pajeri lebih sedap jika manis.

Ingredients

Nenas, Saiz Kecil 1 biji
Sebuk Kari Ikan/daging 1 bungkus kecil
Bawang Merah, Ditumbuk Kasar 4 biji
Bawang Putih, Ditumbuk Kasar 3 ulas
Udang Kering, Ditumbuk Kasar 1 sudu besar
Kerisik 2 sudu besar
Santan Pekat 2 cawan
Halia, Hiris Nipis 1 inci
Minyak 1 senduk
Gula Dan Garam Secukup rasa
Bahan Untuk Rempah Tumis
Kulit Kayu Manis 1 batang
Bunga Lawang 2 kuntum
Halba Campur 1 sudu teh

Instructions

1

Kupas kulit nenas dan potong membulat anggran tebal 1.5cm setiap hirisan.

2

Masak air sehingga mendidih dan rebus nenas seketika (4-5 minit) supaya masam dari nenas dapat dikurangkan. Angkat dan toskan

3

Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah tumis. Kacau sehingga kekuningan dan naik bau

4

Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan air dan masak sehingga pecah minyak.

5

Masukkan udang kering dan kacau seketika. Masukkan sedikit air jika rempah terlalu kering untuk elakkan dari cepat hangus

6

Masukkan nenas, masak sehingga nenas lembut

7

Masukkan pati santan, kerisik, garam dan gula secukup rasa.

8

Masak sehingga kuah menjadi pekat.

9

Sedia dihidang