Back to Recipe Print

Recipe for "Apam Beras"


Tips

Pastikan adunan diperap selama 3 jam kalau tidak ia tidak akan menjadi.

Ingredients

Nasi 2 cawan
Air 2 1/2 cawan
Yis Mauripan 2 sudu kecil
Tepung Beras 2 cawan
Tepung Gandum 2 cawan
Gula 1 3/4 cawan
Pewarna Yang Anda Suka Secukupnya
Sedikit Garam & Kelapa Parut Untuk dihidangkan bersama

Instructions

1

Blend nasi dengan air sehingga hancur. (masukkan air sedikit demi sedikit. Blend sampai halus).

2

Setelah hancur,campurkan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.

3

Dalam bekas lain,satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.Selepas itu masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung.Kacau sehingga sebati.

4

Perap selama 3 jam.Panaskan pengukus dan penutup tudung dengan kain.Bahagikan adunan kepada beberapa warna.

5

Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil. Masukkan acuan kecil ke dalam pengukus dan kukus selama 15 minit.

6

Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam atau dimakan begitu sahaja.