Back to Recipe Print

Recipe for "Kari Kepala Ikan Salmon"


Tips

Untuk mendapat stok kepala ikan salmon, selalunya ada di kaunter sushi pasaraya AEON dengan harga berpatutan berbanding kalau beli isinya sahaja.

Ingredients

Kepala Ikan Salmon 1 unit
Halia 1inci
Bawang Merah 3 ulas
Bawang Putih 5 ulas
Bawang Besar 1 biji
Rempah Kari 4 sudu besar
Santan Kotak Kecil Separuh sahaja
Daun Kari 3 batang
Sayur Bender 8 biji
Air Tapisan 1.5 gelas
Minyak Masak 4 sudu besar
Garam 1 sudu
Gula Hujung sudu
Perahan Air Asam 1/2 cawan

Instructions

1

Basuh dan bersihkan insang kepala Ikan salmon dan potong kepada beberapa kerat . Kalau suka boleh juga letak sepotong dua isi ikan.

2

Blendkan bawang putih, halia dan bawang besar. Kemudian campurkan dengan kari ikan. Saya suka guna kari faiza atau babas. Bersedia untuk ditumis.

3

Panaskan periuk atau kuali dan letakkan minyak (saya suka guna kuali,dah siap masak baru pindah ke casserole atau mangkuk yg cantik.hehe)

4

Bila kuali panas, masukkan hirisan bawang putih sebiji dan daun kari kemudian baru masukkan bahan yang telah di blend/ campur kari tadi.

5

Bila dah garing , tambahkan air 1 cawan dan air asam. Masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan ikan separas air. Adjust , jangan terlalu pekat/cair.

6

Biarkan ikan masak seketika. Api dibiarkan kecil. Bila ikan hampir masak, masukkan bender. Last sekali masukkan santan. Tunggu sampai ia masak.