Back to Recipe Print

Recipe for "Bubur Kacang Hijau Dengan Durian"


Tips

Sedap juga kalau cicah dengan roti bengali. Dorang la cakap :)

Ingredients

Kacang Hijau 3 cawan
Gula Melaka 1 1/2 keping
Gula Pasir 1 1/2 cawan
Daun Pandan 2 helai
Air 2 cawan
Santan 2 cawan
Durian 5-6 ulas
Garam Secukupnya

Instructions

1

Goreng kacang hijau tanpa minyak dalam 4 minit. Kemudian tutup api dan masukkan air untuk direndam dalam 1 jam. Bilas dan rebus sampai empuk.

2

Didihkan air bersama gula pasir, gula melaka dan daun pandan dalam periuk dg api perlahan. Kacau hingga semua gula larut dan tapiskan.

3

Dalam periuk lain, rebus kacang hijau sehingga kembang dan empuk
Kalau suka, masukkan sagu mata ikan.

4

Masukkan pula cairan gula tadi dan isi durian. Kacau rata dalam 10 minit dengan api perlahan.

5

Masuk pula santan dan kacau lagi hingga sebati dalam 5 minit sahaja supaya tak pecah minyak. rasa kemanisan dan sedia dihidang.