Beras Basmathi (Direndam 3 Jam) | 3 pot kecil |
Daging Batang Pinang (Dihiris Nipis Atau Dipotong Kiub) | 250 g |
Serbuk Rempah Kurma (Dibancuh Dengan Sedikit Air) | 2 sudu makan |
Daun Pandan | 2 helai |
Susu Cair | 80ml |
Puri Tomato | 1 sudu makan |
Garam | Secukup rasa |
Minyak Sapi | 1 sb |
Bawang Merah (Dikisar) | 5 biji |
Bawang Putih (Dikisar) | 3 ulas |
Halia (Dikisar) | 1/2 inci |
Jintan Manis(Di Kisar) | 1 sk |
Rempah 4 Sekawan (Kulit Kayu Manis, Buah Pelaga, Cengkih Dan Bunga Lawang) | - |
Serai (Diketuk) | 1 batang |
Air Asam | |
Bawang Merah (Dihiris) | 2 biji |
Bawang Besar (Dihiris) | 1/2 labu |
Tomato (Dihiris Dadu) | 1 biji |
Cili Padi (Dihiris) | 8-10 biji |
Cili Merah (Dihiris) | 2 biji |
Air Asam Jawa (-/+) | 1 cawan |
Serbuk Belacan Atau Belacan Bakar | Sedikit |
Garam, Gula Dan Jus Limau Nipis/kasturi | Sedikit |
Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumis daun pandan,serai dan rempah 4 sekawan serta bahan kisar hingga wangi.
Masukkan pes kurma dan puri tomato. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.Kemudian masukkan daging, daun pandan, garam dan gula. Kacau rata-rata.
Masukkan air secukupnya dan masak hingga daging empuk (pastikan air rebusan daging sama dengan sukatan beras Basmathi...agak-agaklah yer).
Masukkan beras. Perlahankan api. Masak hingga nasi hampir kering. (boleh juga dimasak dengan menggunakan rice cooker selepas menumis bahan)
Tuangkan susu cair.Kacau perlahan-perlahan hingga rata dan sebati. Biarkan nasi masak sempurna.
Taburkan bawang goreng dan sedikit daun hirisan daun ketumbar pada nasi dan hidangkan bersama air asam serta lauk berkuah jika suka
Untuk air asam, satukan semua bahan dan kacau sebati. Hidangkan bersama nasi daging