Back to Recipe Print

Recipe for "Grape Tart"


Tips

Boleh dipelbagaikan dengan pelbagai jenis buah.

Ingredients

Tart
Tepung Halus Atau Tepung Gandum 150 gram
Gula Aising, Diayak 25 gram
Mentega Sejuk, Didadu Kecil 70 gram
Telur, Dipukul Sedikit 1 biji
Esen Vanilla 1/2 camca teh
Kastard
Susu Segar 1 cawan
Tepung Kastard 1 1/2 camca besar
Gula Halus 1 1/2 camca besar
Esen Vanilla 1 camca teh
Mentega 1 camca besar
Hiasan
Buah Anggur Secukupnya

Instructions

Crust

1

Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja.

2

Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap.

3

Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar syiling 20 sen dan tekan dalam acuan tat dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan.

4

Buat hingga siap, cucuk sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit.

5

Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.

1

Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati.

2

Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega.

3

Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.

4

Potong buah anggur mengikut saiz kulit tart.Ambil satu kulit tart, kemudian sudukan kastard 1/2 penuh. Susun buah anggur mengkikut kreativiti. Siap.