Back to Recipe Print

Recipe for "Kuih Badak Berendam"


Tips

jika nk buat kuah banyak, letak gula sekadar manis2 sedikit

Ingredients

Tepung Pulut 2 cawan
Perahan Air Daun Pandan 1 1/2 cawan
Garam 1/2 sudu teh
Inti Kelapa Secukupnya
Untuk Dadih
Santan 2 1/2 cawan
Tepung Beras 2 sudu besar
Daun Pandan 3 helai
Garam 1/2 sudu teh

Instructions

1

Campur semua bahan2 untuk dadih, lalu dikacau atas api hingga pekat,lebihbkurang 10 minit. ketepikan

2

Bulat2 kan inti kelapa

3

Campurkan garam dgn air pandan & gunakan campuran itu utk menguli tepung pulut hingga mnjadi doh yg boleh dibentuk

4

Ambil sedikit doh, bulat2 kan lalu dileperkan.

5

Letakkan inti dalam nya dan dikelim rapat. buat hingga habis. letak atas plastik agar tak melekat.

6

Didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan sehingga mendidih. Selepas itu, masukkan bola pulut ke dalamnya.

7

Bila kesemua bola2 timbul/terapung, biar mendidih 3,4 minit barulah diangkat dan ditos kan.

8

Terus masukkan ke dalam dadih tadi