Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Lapis Cheese"


Tips

1. Pastikan biskut dicelup dalam susu suam anggaran 1 saat sahaja. Ini untuk mengelakkan biskut menjadi terlalu lembik dan sukar untuk disusun.

2. Pastikan juga adunan tidak terlalu cair. Tuang sedikit demi sedikit susu segar kedalam adunan cheese sehingga adunan jadi tidak terlalu kental dan tidak terlalu cair. Jika terlalu cair, kek akan menjadi lembik dan sukar untuk dipotong.

3. Sebagai hiasan, boleh tambahkan hirisan strawberry ataupun coklat ganache sebagai hiasan pada kek tersebut.

Enak dimakan sejuk. Selamat mencuba. :)

Ingredients

Biskut Marie Perisa Coklat/coffee 600 gram/2bungkus
Susu Segar/fresh Milk 500 ml (dipanaskan)
Bahan-Bahan Untuk Lapisan Cheese
Cheese Cream (Philadelpia/tartura) 500 gram
Susu Segar/fresh Milk 10 ml
Gula Halus/gula Kastor 1/2 cawan

Instructions

1

Mula-mula, satukan cheese cream dan gula halus, pukul sebati.

2

Kemudian masukkan susu segar sedikit demi sedikit. Pastikan aduan tidak terlalu cair ya.

3

Pukul lagi adunan tersebut sehingga kembang dan sebati. Ketepikan.

4

Sediakan bekas yang dialas terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper. Ketepikan.

5

Dalam periuk kecil, panaskan susu segar. Padamkan api bila buih telah timbul di bahagian tepi periuk. Biarkan susu suam seketika.

6

Ambil sekeping-sekeping biskut marie dan celupkan ke dalam susu (suam-suam panas) dan terus susun di dalam bekas yang dialas dengan baking paper tadi.

7

Susun kepingan biskut tadi sehingga penuh satu layer, kemudian sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan.

8

Ulang proses melapis biskut tadi sehingga habis. Pastikan lapisan cheese berada dibahagian atas sekali sebagai lapisan terakhir.

9

Kemudian, kisar baki biskut yang ada dan taburkan serbuk biskut itu di atas lapisan cheese.

10

Tekan-tekan sedikit permukaan kek tersebut, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan seketika anggaran 4-6jam sebelum dihidangkan.