Back to Recipe Print

Recipe for "Batagor Goreng"


Tips

Perahkan sedikit limau nipis dan sedikit kicap manis ketika mahu menikmatinya. Yummy!

Ingredients

Bebola Ikan (Di Potong 4) 3 ketul
Sosej (Dihiris Tebal) 1 ketul
Tempe (Dipotong Kecil) 1 keping
Tauhu (Digoreng Dan Dipotong Kecil) 1 keping
Kulit Popia (Dipotong 4) 4 keping
Salad 2 keping
Minyak Untuk Mengoreng Setengah cawan
Untuk Kuah Kacang
Bawang Besar 1 labu
Bawang Putih 4 ulas
Halia 1 inci
Lengkuas 1 inci
Serai 2 batang
Buah Keras 1 biji
Udang Kering ! genggam
Cili Kisar 3 sudu besar
Gula Merah 1 sudu besar
Kacang Tanah (Disangrai Dan Dikisar) 1 cawan
Pati Asam Jawa 1 sudu kecil
Garam Secukup rasa
Air Mengikut kesesuaian

Instructions

1

Balutkan bola ikan atau sosej yang telah dipotong dengan menggunakan kulit popia seperti membuat dumpling.

2

Lekatkan tepi-tepi kulit popia dengan air supaya lipatan tidak tebuka ketika menggoreng.

3

Setelah selesai, goreng dumpling tadi dan juga tempe serta tauhu.

4

Untuk membuat kuah kacang, kisar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, buah keras dan udang kering.

5

Tumis cili kisah hingga garing dan kemudian tumis bahan yang dikisar tadi.

6

Masukkan kacang tanah yang telah dikisar dan masak seketika.

7

Masukkan pati asam jawa dan air mengikut kepekatan yang kita inginkan.

8

Perasakan dengan garam dan gula merah.

9

Bila siap dimasak hidangkan dengan bahan-bahan yang digoreng tadi.